Urus Tadbir

Kutipan

Terdapat beberapa kaedah kutipan yang dijalankan antaranya ialah:
1

Sumbangan MARSAH

Pihak MARSAH memberi sumbangan kepada sebagai perbelanjaan asas pengurusan dan operasi Wakaf Pendidikan MARSAH.

2

Potongan Gaji Staf

Dana yang dipotong dari gaji bulanan staf MARSAH seperti yang dipersetujui oleh staf.

3

Sumbangan Pewakaf

Dana berbentuk tunai yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang wakaf individu dan syarikat samada dari dalam dan luar MARSAH melalui projek-projek wakaf yang disediakan.

Agihan

Keseluruhan hasil pendanaan Wakaf Pendidikan MARSAH yang dikumpulkan akan dilaksanakan mengikut hujjah wakaf secara terancang dan mengikut syariah serta dipantau oleh Lembaga Pemegang Amanah Wakaf Pendidikan MARSAH. Hasil dana tersebut akan disalurkan kepada tiga teras utama:

Pendidikan

Projek atau aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar seperti pembinaan prototaip bahan bantu mengajar, pembiayaan makanan, wacana ilmiah, pembiayaan buku rujukan dan modul pembelajaran.

Penyelidikan

Projek atau aktiviti yang berasaskan kajian ilmiah seperti mewujudkan kerusi kecemerlangan, pembiayaan geran penyelidikan dan inovasi dan pembiayaan lanjutan pengajian bagi pelajar dan staf MARSAH.

Infrastruktur

Projek yang berasaskan pembangunan fizikal institusi seperti pembinaan bangunan, makmal-makmal bahasa, fasiliti pengajaran dan pembelajaran.

WAQFMARSAH

FREE
VIEW