Latar Belakang

Pengenalan

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Johor. Pada akhir tahun 2017, MARSAH telah menubuhkan tabung dana wakaf pendidikan MARSAH dan kemudiaannya telah dilantik sebagai Nazir Khas pada September 2018.

Bagi menguruskan segala operasi Wakaf Pendidikan MARSAH, Pusat Wakaf MARSAH ditubuhkan dan melantik beberapa staf yang diketuai oleh seorang ketua pusat. Pusat Wakaf MARSAH bertanggungjawab melaporkan segala perjalanan wakaf kepada Lembaga Pemegang Amanah Wakaf Pendidikan MARSAH.

Objektif Penubuhan

Objektif Dana Wakaf Tunai Pendidikan MARSAH ini ialah:-

Ibadah

Menyediakan alternatif kepada masyarakat untuk melakukan ibadah wakaf.

Agihan

Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pengumpulan dana wakaf dan pengagihannya kepada penerima (Mawquf Alaih) yang layak mengikut hukum syarak.

Biasiswa

Menyediakan biasiswa kepada penerima (Mawquf Alaih) terpilih sebagai alternatif kepada skim-skim bantuan kewangan yang sedia ada.

Penyelidikan

Menyediakan dana kepada pihak berkaitan bagi tujuan penyelidikan, konsultansi, pembangunan makmal, penyediaan tesis, dan lain-lain.

Konsep

Wakaf Pendidikan Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH merupakan inisiatif program penjanaan dana berlandaskan konsep Wakaf Am melalui sumbangan dana berbentuk tunai dan harta di mana pewakaf mewakafkannya ke Wakaf Pendidikan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan niat kerana Allah SWT dan juga bagi tujuan kemajuan dan kepentingan ilmu sejagat.

Visi Wakaf Pendidikan MARSAH:

“Ke Arah Mencapai Kolej Universiti Bersumberkan Wakaf”

WAQFMARSAH

FREE
VIEW